TEMUDUGA PERTAMA SAYA UNTUK JAWATAN PEMAJU MASYARAKAT PUSAT SUMBER S19 (KEMAS).
Assalamualaikum gais,
Saya nak bercerita sedikit tentang pengalaman saya semasa temuduga / interview kelmarin. Alhamdulillah, walaupun tidak berjalan dengan begitu lancar kerana kesihatan yang tidak begitu mengizinkan (saya demam, batuk dan selesema), saya bersyukur kerana diberi peluang dan ruang untuk merasai pengalaman temuduga bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi jawatan Pemaju Masyarakat Pusat Sumber S19.
Saya akan kongsikan soalan-soalan yg diajukan semasa proses temuduga saya kelmarin ok...
Antara soalan yang diajukan ialah :
Assalamualaikum

- Memperkenalkan diri anda. Anda haruslah memperkenalkan diri secara ringkas tapi padat, cukup sekadar, latar belakang anda, pendidikan dan kerjaya ataupun pengalaman bekerja.
- Nyatakan diskripsi tugas pemaju masyarakat pusat sumber.
- Apakah maksud pendokumentasian?
- Apakah yang anda faham tentang 'statut rome'? (Ini soalan berkenaan isu semasa)
- Apakah jenis-jenis bahan bacaan yang anda tahu?
- Apa Kaitan pengalaman bekerja atau tahap pendidikan anda dengan jawatan yang anda pilih?
- Apakah Fungsi pusat sumber?
- Ada berapa jenis pusat sumber di Malaysia?
- Apa yang akan anda lakukan untuk menarik minat lebih ramai orang awam untuk masuk ke pusat sumber?
- Bahan bacaan apa yg anda boleh dapati di pusat sumber?
- Ada beberapa lagi soalan, saya dah lupa... hahahaaa
Assalamualaikum
Comments
Post a Comment